Salam satu Malaysia..eceh...
Minggu lepas 26 Oktober 2012-Jumaat, Hari Raya Haji.Tapi, itula aku x pergi memana minggu lepas. Aku duduk rumah sepanjang minggu, aku amik cuti 25 aribulan tu, ingatkan nak pergila jejalan mana ke, tapi hampeh. Aku lepak kat rumah je sepanjang minggu tu..
Tapi disebabkan kebosanan melanda tahap gaban, aku dah x larat da nak sembunyikan diri dalam rumah, adik aku pun aku rase bosan juga, kitorang amik keputusan pergi tengok wayang kat MBO, belakang rumah kitorang jek. Adik lelaki aku tu- Nadzmi beriya-iya nak tengok cite Ape Celop Toq!, euw tapi aku tolak mentah-mentah..haha, aku cakap x mau la mesti bosan giler cite tu. Memandangkan aku suke tengok cerita hantu dan seram, ape lagi aku beli la tiker SINISTER. Fuh..Seram giler...
Ceritanya mengisahkan tentang pembunuhan kejam.Untuk maklumat lanjut, silalah ke pagawam ek. Malas pulak aku nak explain.hoho...ok, lepas tengok wayang, da x ada aktiviti, duduk la kat rumah lagi dan membesarkan badan aku yang da besar ni..tapi, memang seronok juga walaupun bosan, masa inilah aku nak luangkan masa untuk keluarga tercinta.ecehhh....
Aku da boleh hafal da rancangan apa yang nak disiarkan hari tu, tahap macam tu sekali aku duduk rumah.hahaha Tapi bagusla, banyak jugak cerita-cerita drama yang menarik dan sedih masa minggu raya haji tu. Emosi jugakla...hahha.
Tapi dalam banyak-banyak drama yang dapat mengalirkan air mata jantan aku adalah drama "Hilangnya Doa Seorang Ibu" baru je ditayangkan kat TV3 semalam. Sedih siot. Mak aku pun nanges gak..haha..Ceritanya mengisahkan seorang anak perempuan yang kaya tapi riak takbur dengan adik beradik yang lain, ingat bila dah kaya boleh sombong dengan semua orang. Dengan mulut dia yang celupar dan suka maki hamun orang, last-last dapat balasan sekelip mata. euw..tapi aku salute la dengan lakonan Lisdawati, memang superb la. Aku rase drama ni akan menang untuk anugerah skrin nanti.Pelakon-pelakon lain pun x kurang hebat juga.

Ha, korang pergila search kat youtube, tengokla sendiri. Tapi dalam drama ni time klimaks paling la ditunggu, tentulah nak tengok pembalasan yang diberi, pergh..memang gelila..Lisdawati tetibe kena serang strok dan mulut die tetiba bengkak dan keluar ulat..eeii....tula, hidup di dunia ni sementara, Allah bagi kekayaan, kesenangan terhadap sesorang itu semua nya bersebab, sebab itu kene sentiasa bersyukur dan jangan pandang rendah pada orang yang tidak berkemampuan... Kat bawah ni gambar pembalasan kat Lisdawati,...memang hebatla...
Haaaa....geli x???? tapi kan, Allah itu maha berkuasa dan doa seorang ibu amatlah mujarab. Lepas je mak Lisdawati sapukan air zam-zam kat muka dia, terus je sembuh dan boleh cakap macam biasa, tapi da terlambat mak die meninggal masa mengerjakan umrah..ermm..memang sadis la...korang search la kalau x paham apa yang aku cite..hohoho..
Kesimpulannya, aku banyak dapat info dan teladan yang baik walaupun aku duduk di rumah saje..ekekke..itu je motif aku nak cite. Ok la, next entry aku update benda yang beshhh...
P/S: Sentiasa mengingatkan diri supaya jangan sombong dan angkuh ; )
Yang Ceria,
Siti Hawa